1)Apakah yang anda dapat pelajari daripada pembelajaran menggunakan blog BioKelas.
Saya dapat belajar bagaimana untuk berfikiran lebih terbuka .. Bukan sahaja berfikir secara kreatif tapi juga berfikiran secara kritis. Cara penyelesaian masalah perlu dihuraikan dengan lebih lanjut dan perlu melihat permasalahan dari segala aspek atau sudut.
2) Adakah anda menghadapi sebarang masalah teknikal semasa menggunakan blog Biokelas?
Saya tidak menghadapi sebarang masalah teknikal menggunakan blog BIOCLASS memandangkan saya pernah menggunakannya sebelum ini.
3) Bagaimana anda menyelesaikan masalah itu?
Saya menyelesaikan masalah berdasarkan pengalaman pembacaan dan pembelajaran di dalam kelas di sekolah . Saya juga ada membuat rujukan tentang permasalahan yang berlaku di blog-blog orang lain .
4) Adakah anda menghadapi sebarang masalah semasa menjalankan aktiviti blog Biokelas?
Minggu ini saya cuma menghadapi masalah menyiapkan diari . Saya terpaksa menyiapkan agak lewat sedikit sebab terpaksa menyiapkan tugasan lain .
5) Bagaimanakah cara anda menyelesaikan masalah itu?
Saya menyelesaikan masalah menggunakan alternatif google sebagai bantuan dan menggunakan windows live movie maker untuk menunjukkan langkah penyelesaian masalah .
6)Adakah anda rasa aktiviti pada minggu ini mencabar fikiran anda?kenapa?Bagaimana?
Saya rasa agak mencabar kerana virus x ini tak pernah berlaku . Jadi, saya perlu mencari maklumat virus lain yang seakan-akan dengan virus x . H1N1 mungkin ..
7) Adakah anda Berjaya menghasilkan tugasan semasa aktiviti minggu ini? apa? bagaimana anda menghasilkannya?
Saya berjaya menghasilkan tugasan minggu ini iaitu tugasan penyelesaian masalah virus x yang berleluasa di Taman Medan . Saya juga menghasilkan langkah penyelesaian masalah menggunakan windows live movie maker .
8) Adakah aktiviti minggu ini memotivasikan anda untuk mempelajari sains? Kenapa?beri contoh?
Ya. saya mula rasa yang sains ni sangat menarik dan aktiviti ini telah menyebabkan saya membaca . Saya dapat tahu macam-macam tentang masalah aplikasi sains yang salah dan betul . mana yang boleh memudaratkan dan yang tidak memudaratkan .
No comments:
Post a Comment